Monday, March 9, 2009

Di Dermaga Sepi


Lewat senja di dermaga sepi
Menanti mentari melabuhkan sinar
Desir ombak melagukan khabar dari seberang
Dan itulah saat si camar terbang pulang
Damai dan nyaman dalam hati
Juga itulah masa terlerainya ikatan
Dalam peluk yang masih berbekas
Pada detik itu juga derap langkah
perlahan meninggalkan aku...

Di ketika tangan masih kemas di genggaman
Saat mata berbahasa rindu
Lidah kelu tanpa bicara
Kerdip mulus mata itu tidak ku tahu
bahasa yang terlarik....
kerana tanpa sedar
genggaman di lepaskan
meninggalkan aku bersama episod luka
bersama titis jernih
dan dengan tekad yang tiada hujungnya.

Biasan kata yang lahir tanpa sedar.
Semoga aku mampu untuk terus melupakannya.
Hakikat hari ini aku kerinduan.
Pemiliknya tidak lagi bersamaku.
My Crustacea.
Kaburlah dari ingatan dan hati ini.
Kerana ada tulah derita di tebing kekecewaan ini.

Friday, March 6, 2009

Kau pergi

Kau pergi tanpa pamit
Kau atur langkah tanpa berpaling lagi
Kau berlari dan terus menghilang
Kau bina istana di hati ku
namun kau tinggalkan ia usang

Harapan kau gantung tinggi di awanan
Semangat cinta semalam kau leburkan di tebing kecewa.
Hingga aku terlupa itulah anganan kosong hati yang kecewa....

Saat langkah kau atur, pejam mata ini bersama titis yang jernih....

Saat aku hanyut di laman WMZ, aku ukirkan kata ini tanpa sedar....
sesekali terasa indahnya rasa hati....


 

Design by Amanda @ Blogger Buster