Saya hanya manusia biasa
terbias kata dari hati
menilik diri pada cerminan realiti
titis jernih tidak pernah kenal erti kering
setia bertandang kala hati sebu dan sebak
Saya masih lagi manusia biasa
kesilapan sering mengusik ruang
membilang dan menghitung
tulah-tulah kesilapan dulu
mengira-ngira kesal yang berbunga
ada kala ibarat lalang
mengikut saja puput sang angin bertiup
Saya tetap manusia biasa
punya rencah rasa yang berjuta
bersarang, mengikat
menjerat dan terjerat
kelat rasa, pahit mengundang
sakit di kesan, merah mengalir
ria tawa terselit dalam tangis dan lara
kerana
Saya manusia biasa
Tuesday, April 7, 2009
Saya Manusia Biasa
Posted by Sufi Idany at 1:33 AM 0 comments
Monday, March 9, 2009
Di Dermaga Sepi

Lewat senja di dermaga sepi
Menanti mentari melabuhkan sinar
Desir ombak melagukan khabar dari seberang
Dan itulah saat si camar terbang pulang
Damai dan nyaman dalam hati
Juga itulah masa terlerainya ikatan
Dalam peluk yang masih berbekas
Pada detik itu juga derap langkah
perlahan meninggalkan aku...
Di ketika tangan masih kemas di genggaman
Saat mata berbahasa rindu
Lidah kelu tanpa bicara
Kerdip mulus mata itu tidak ku tahu
bahasa yang terlarik....
kerana tanpa sedar
genggaman di lepaskan
meninggalkan aku bersama episod luka
bersama titis jernih
dan dengan tekad yang tiada hujungnya.
Semoga aku mampu untuk terus melupakannya.
Hakikat hari ini aku kerinduan.
Pemiliknya tidak lagi bersamaku.
My Crustacea.
Kaburlah dari ingatan dan hati ini.
Kerana ada tulah derita di tebing kekecewaan ini.
Posted by Sufi Idany at 12:22 AM 0 comments
Friday, March 6, 2009
Kau pergi
Kau pergi tanpa pamit
Kau atur langkah tanpa berpaling lagi
Kau berlari dan terus menghilang
Kau bina istana di hati ku
namun kau tinggalkan ia usang
Harapan kau gantung tinggi di awanan
Semangat cinta semalam kau leburkan di tebing kecewa.
Hingga aku terlupa itulah anganan kosong hati yang kecewa....
Saat langkah kau atur, pejam mata ini bersama titis yang jernih....
sesekali terasa indahnya rasa hati....
Posted by Sufi Idany at 6:51 PM 0 comments
Tuesday, February 24, 2009
Bicara aku pada semilir senja
Bicara aku pada semilir senja
bersama harapan, impian dan doa
agar reda luka silam
agar ada titian menuju bahagia
sekalipun bukan emas salutannya
bukan perak asasnya
cukup sekadar kukuhnya untuk aku
bertapak menuju bahagia
Posted by Sufi Idany at 10:14 PM 0 comments
Labels: Puisi
Monday, February 16, 2009
Tekanan
Posted by Sufi Idany at 9:36 PM 0 comments
Labels: Luka
Thursday, February 12, 2009
Bukan Untuk Aku.
Hati yang luluh tatkala kata pemutus terucap dari ulas bibir.
Pada detik itu, aku sekadar menerima tanpa ungkapan.
Dan hari ini izinkan aku mengutar kata.
Hakikatnya semua harapan dan impian itu bukan untuk aku.
Kecewa yang berbalam bersaksi duka di relung hati.
Aku sedar semua nya bukan untuk aku.
Aku usir segala resah dan desah yang merajai hati.
Aku cari titik mula yang baru.
Hakikat nya aku senyum dalam tangis di jiwa....
Kerana aku tahu ianya bukan untuk aku.
Posted by Sufi Idany at 9:56 PM 0 comments
Saturday, January 24, 2009
Cinta
Cinta sering buat kita silap
Cinta juga buat kita jadi bodoh
Biar kita silap dan bodoh
Asal kita tidak kehilangan cinta...
Posted by Sufi Idany at 3:30 PM 0 comments
Labels: Untaian Kata
