Monday, March 9, 2009

Di Dermaga Sepi


Lewat senja di dermaga sepi
Menanti mentari melabuhkan sinar
Desir ombak melagukan khabar dari seberang
Dan itulah saat si camar terbang pulang
Damai dan nyaman dalam hati
Juga itulah masa terlerainya ikatan
Dalam peluk yang masih berbekas
Pada detik itu juga derap langkah
perlahan meninggalkan aku...

Di ketika tangan masih kemas di genggaman
Saat mata berbahasa rindu
Lidah kelu tanpa bicara
Kerdip mulus mata itu tidak ku tahu
bahasa yang terlarik....
kerana tanpa sedar
genggaman di lepaskan
meninggalkan aku bersama episod luka
bersama titis jernih
dan dengan tekad yang tiada hujungnya.

Biasan kata yang lahir tanpa sedar.
Semoga aku mampu untuk terus melupakannya.
Hakikat hari ini aku kerinduan.
Pemiliknya tidak lagi bersamaku.
My Crustacea.
Kaburlah dari ingatan dan hati ini.
Kerana ada tulah derita di tebing kekecewaan ini.

Friday, March 6, 2009

Kau pergi

Kau pergi tanpa pamit
Kau atur langkah tanpa berpaling lagi
Kau berlari dan terus menghilang
Kau bina istana di hati ku
namun kau tinggalkan ia usang

Harapan kau gantung tinggi di awanan
Semangat cinta semalam kau leburkan di tebing kecewa.
Hingga aku terlupa itulah anganan kosong hati yang kecewa....

Saat langkah kau atur, pejam mata ini bersama titis yang jernih....

Saat aku hanyut di laman WMZ, aku ukirkan kata ini tanpa sedar....
sesekali terasa indahnya rasa hati....

Tuesday, February 24, 2009

Bicara aku pada semilir senja

Bicara aku pada semilir senja
bersama harapan, impian dan doa
agar reda luka silam
agar ada titian menuju bahagia
sekalipun bukan emas salutannya
bukan perak asasnya
cukup sekadar kukuhnya untuk aku
bertapak menuju bahagia

Monday, February 16, 2009

Tekanan

Aku terusik dengan kata yang lancar terbias dari ulas bibir nya.....bodoh nya aku bila membiarkan itu menguasai minda dan memberi tekanan pada aku.

Thursday, February 12, 2009

Bukan Untuk Aku.

Hati yang luluh tatkala kata pemutus terucap dari ulas bibir.
Pada detik itu, aku sekadar menerima tanpa ungkapan.
Dan hari ini izinkan aku mengutar kata.
Hakikatnya semua harapan dan impian itu bukan untuk aku.
Kecewa yang berbalam bersaksi duka di relung hati.
Aku sedar semua nya bukan untuk aku.

Aku usir segala resah dan desah yang merajai hati.
Aku cari titik mula yang baru.
Hakikat nya aku senyum dalam tangis di jiwa....
Kerana aku tahu ianya bukan untuk aku.

Saturday, January 24, 2009

Cinta

Cinta sering buat kita silap
Cinta juga buat kita jadi bodoh
Biar kita silap dan bodoh
Asal kita tidak kehilangan cinta...

Tuesday, December 30, 2008

Mungkin benar apa yang diperikan,

untuk meyakinkan diri amat susah,

kerana prasangka sering bermain dijiwa.

Kadang-kadang bagai berpijak ditanah gambut,

berdiri tidak kukuh, berlari tidak ampuh,

berbaring bagai lumpuh,

tumbuh bak rumput rapuh mudah tercabut…



 

Design by Amanda @ Blogger Buster